1)Pensil ØPensil yang sesuai untuk lukisan kejuruteraan ialah pensil gred 2H, HB dan 2B ØPastikan hujung mata pensil sentiasa tajam
2)Kertas Lukisan ØKertas gred ØKertas isogred ØKertas lukisan biasa (digunakn untuk melukis lukisan ortografik, oblik, isometric dan perspektif)
3)Papan Lukisan ØDigunakan untuk meletakkan kertas lukisan dan memudahkan pelukis
4)Sesiku T ØDigunakan untuk membina garisan lurus mendatar ØDigunakan sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong atau condong dengan set sesiku
5)Jangka Tolok ØDigunakan untuk memindahkan arak daripada pengukur ke atas garisan di atas kertas
Noor Desiro binti Saidin Rohanilah binti Martin Noor Azuana binti Haris Fadzilah Nurul Farhana binti Kamarudin
Blog ini dikhususkan untuk anda belajar mengenai lukisan kejuruteraan
HADI & Friends hasil gabungan idea mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
setelah diberi amanat menjalankan tugasan berkumpulan dalam subjek major Rekabentuk Berkomputer.
Dengan hasil bantuan dari laman web Google dan kerjasama daripada beberapa rakan dari ISMP Teknologi Maklumat dan ISMP Teknologi Reka Bentuk Berkomputer, blog ini dapat diselesaikan pada waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah
❝ Lukisan Kejuruteraan ❞
Lukisan Teknik dikenali sebagai lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal,seni bina dan kejuruteraan. Lukisan kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas. Ia juga merupakan lukisan garisan yang terdiri daripada garisan lengkung dan lurus. lukisan kejuruteraan juga mempunyai simbol, konvensyen dan kepiawaian tersendiri.
Antara faktor yang menyebabkan mengapa piawaian itu penting adalah kerana untuk memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat dalam bidang kejuruteraan dan menyeragamkan dari segi garisan, simbol, kaedah mendimensi dan sistem unjuran.
❝ Jenis Garisan ❞
Garisan Benda
Garisan yang tebal dan hitam.
Digunakan untuk menunjukkan garisan objek/benda
Garisan Lakaran
Garisan yang halus.
Digunakan untuk asas membina objek.
Garisan Tersembunyi
Garisan yang dipusutkan garis-garis pendek.
Digunakan untuk menunjukan garisan objek yang tidak boleh kelihatan.
Garisan Tengah
Garisan yang diputuskan oleh titik-titik.
Digunakan untuk menunjukan bahagian tengah objek.
❝ ORTOGRAFIK ❞
Unjuran Ortografik adalah lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar & tinggi @ panjang & tinggi sesuatu objek.
Ortografik adalah objek yang dapat dilihat melalui hadapan, kanan, kiri, atas, bawah, dan belakang.
Kesemua sudut ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Dalam Kaedah unjuran Ortografik, kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu daripada sesuatu lukisan objek tersebut.
Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.
Unjuran Ortografik kebiasaannya digunakan dalam bidang kejuruteraan untuk menerangkan bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa peralatan kejuruteraan.
Definisi :
Ortografik adalah satu kaedah untuk memaparkan bentuk sesuatu objek mengikut unjuran secara tepat.
Tujuan :
Tujuan unjuran Ortografik adalah untuk membentuk pandangan pelan, hadapan dan sisi.
Kepentingan :
Penggunaan unjuran ini digunakan dalam topik lukisan keratan, lukisan pemasangan dan lukisan mesin.
satu garisan tegak dan garis mendatar yang bersilang diantara satu sama lain.
satu garisan condong @ garisan serong yang bermula daripada titik silang garisan tegak dan garisan mendatar.
❝ JENIS UNJURAN ❞
Terdapat empat jenis sudut unjuran iaitu:
i.Unjuran sudut pertama
ii.Unjuran sudut kedua
iii.Unjuran sudut ketiga
iv.Unjuran sudut keempat
Kedudukan sudut-sudut tersebut dalam satah menegak dan mendatar
Unjuran sudut pertama dan ketiga adalah yang lazim digunakan untuk lukisan kejuruteraan dan reka bentuk.
❝ LUKISAN KEJURUTERAAN SUKUAN KETIGA ❞
Penggunaan unjuran sudut ketiga juga digunakan secara meluas di serata dunia.
Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan
Kedudukan pandangan sudut sukuan ketiga adalah :
arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan di bawah.
Kedudukan pandangan sisi (samping) berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.
SIMBOL UNJURAN SUKUAN KETIGA
UNJURAN SUKUAN KETIGA
Objek diandaikan berada pada sukuan yang ketiga
Satah unjuran pula terletak dia antara pemerhatian mata dengan objek
Pandangan daripada atas dilukis di bahagian atas pandangan hadapan
Pandangan daripada bawah dilukis di bawah pandangan hadapan
Pandangan daripada kiri dilukis di bahagian kiri pandangan hadapan
Pandangan daripada kanan dilukis di bahagian kanan pandangan hadapan
Pandangan daripada belakang dilukis di bahagian kanan atau kiri pandangan hadapan
❝ LUKISAN KEJURUTERAAN SUKUAN PERTAMA ❞
Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.
Simbol unjuran sudut pertama
Kedudukan Objek dalam unjuran sudut pertama
❝ LUKISAN ISOMETRIK ❞
1. Mengikut kamus dewan edisi ke-4, isometrik dapat ditakrifkan sebagai lukisan yang mempunyai ukuran-ukuran yang sama.
2.Dari bahasa Yunani :
‘iso’ bermaksud sama
‘Metrik’ bermaksud ukuran
isometrik merupakan lukisan sama ukuran.
3.Lukisan isometrik juga dikenali sebagai lukisan piktorial atau lukisan bergambar yang mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu objek.
4.Lukisan isometrik mampu menunjukkan bentuk sesuatu objek dalam bentuk 3 dimensi (3D) iaitu daripada segi pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi.
5.Lukisan isometrik juga dianggap sebagai lukisan tiga dimensi
Melalui lukisan ini,sesuatu rekabantuk objek itu dapat dilihat dengan lebih jelas.
PERBEZAAN ANTARA UNJURAN ORTOGRAFIK DENGAN PANDANGAN ISOMETRIK
Paksi-paksi di bawah merupakan asas
kepada pembinaan lukisan isometrik.
❝ LUKISAN OBLIK ❞
Lukisan oblik adalah lukisan kejuruteraan yang dilukis dengan menggunakan paksi 45 darjah
Kewujudan lukisan oblik adalah disebabkan oleh adanya sesetengah objek yang tidak dapat dilukis menggunakan lukisan isometrik
Contoh :
CIRI-CIRI LUKISAN OBLIK
Lukisan oblik mempunyai permukaan yang rata.
Mempunyai permukaan condong.
adanya permukaan yang terpotong.
Mempunyai bentuk piramid
Mempunyai lubang atau menara.
Mempunyai bulatan atau lengkung.
KONSEP LUKISAN OBLIK
Lukisan oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan terdapat dua permukaan yang condong berdasarkan kepada condongan sudut objek.
Paksi Oblik
Paksi belakang adalah cenderung kepada paksi mendatar
Kebiasaannya paksi menggunakan sudit 20, 45 dan 60 darjah.
Paksi mendatar adalah bersudut tepat dengan sesuatu garisan pada paksi menegak
❝ Galeri HADI ❞
Alhamdulillah, atas kerjasama dari semua admin, kami dapat menghasilkan video kami berkenaan ujuran ortografik sukuan ketiga. Diharapkan semua dapat memahami kandungan yang cuba kami sampaikan.Amin!